Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang berasal dari Shenyang, China, LI SHENGHAN telah mengidap satu penyakit kanser yang ganjil iaitu acute manocytic leukimia. Penyakit ini telah menyebabkan kulit Adik Shenyang seperti cengkerang.

Adik Shenyang kini perlu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya tetapi doktor tetap mengatakan peluang untuk Adik Shenyang masih 50/50.

Kejadian ini bermula setahun lalu apabila lengan Adik Shenyang didapati terdapat bintik kecil tetapi telah disalah anggap sebagai gigitan serangga. Lama kelamaan bintik kecil tersebut semakin membesar dan merebak ke seluruh tubuh Adik Shenyang yang mengakibatkan dirinya kelihatan seperti terumbu karang hidup.

Doktor menasihatkan Adik Shenyang perlu menjalani rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsumnya. Namun Mu Xiaojie dan Li Wenrui iaitu ibubapa Adik Shenyang hanya memperolehi pendapatan kurang dari 1,061 yuan (RM490.76) tidak mampu membayar kos perubatan anaknya. Simpanan mereka juga telah habis digunakan untuk membiayai perubatan anaknya setahun lalu.

Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran alam sekitar.

Apa yang kita harapkan semoga Adik Shenyang akan kembali pulih dan penjagaan alam sekitar amatlah penting untuk kita terus hidup dimuka bumi ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Apa Dengan PELIK DARI MAXBUD?

Kami memaparkan kisah2 dan berita2 pelik dari seluruh dunia...